Thursday 27 December 2012

Persahabatan Yang Terbina

Sabda Rasulullah S.A.W :Bersahabatlah dengan seseorang yang keadaannya membangkitkan kamu dan kata-katanya banyak menyedarkan kamu ke jalan Allah
Segala kenangan yang dicipita tidak akan dilupakan begitu sahaja.Kami adalah 95 Generation dari yang ketawa bersama dan kadang-kadang mengalirkan air mata bersama.Senang cerita segalanya kami berkongsi bersama sedih,marah,ketawa,sayang dan rindu.Sahabat yang sejati ialah sahabat yang berada disisi kita disaat kita susah mahupun senang.Segala kegembiraan dan kesedihan dikongsi bersama.

Sahabat bukan mereka yang sentiasa bersama kita tetapi mereka yang telah lama berada dihati kita.Sahabat juga mereka yang mengerti masa lalu kita,percaya pada masa depan kita dan menerima kita seadanya serta mendoakan kita.

Walaupun kita sudah telah berpisah dan akan menghadapi laluan masing-masing.Haha,janganlah lost contact antara satu sama lain.Twitter dan facebook sudah cukup untuk kita saling hubung menghubungi antara satu sama lain.Akhir kalam,sama-sama kita berdoa agar kita mendapat keputusan yang terbaik di dalam SPM agar dapat meneruskan cita-cita kita.

Sekian saya melaporkan pada 8:27 tanggal 27 disember.27 orang dalam 5 asim termasuk laila.


#Kesimpulannya,carilah sebanyak mungkin sahabat didalam pergaulan kerana seribu dua puluh tujuh sahabat tidak cukup banyak buat diri kita.Manakala,jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih banyak untuk kita hadapi