Saturday 6 August 2011

hidup ini ibarat bola...

hidup ini ibarat bola...sekejap berada dikaki manusia sekejap berada ditangan goalkeeper...hidup ini ibarat roda...dalam liku ada lurusnya,dalam pahit ada manisnya,dalam futur ada bangunnya,dan apabila kita melangkah, dengan izin Allah semuanya jadi nyata.Semalam kita mungkin bersedih, rasa tiada sesiapa untuk dituju, rasa seolah-olah dunia ini terlalu sempit untuk bersembunyi, rasa bumi tidak lagi berbumbungkan langit, rasa keseorangan dan tiada kawan-kawan yang memahami, rasa andalah yang paling susah dalam dunia, dan mungkin juga semalam anda berasa anda seorang yang tidak berguna, dan anda tidak dapat menyumbang apa-apa.dalam susah ada senangnya,dalam sedih ada gembiranya,Allah menguji tanda sayang pada hamba-Nya...Begitulah warna-warna kehidupan. Ia langsung tidak pelik dan bukan pun ajaib. Allah sentiasa memberi kita ujian dari kanan dan kiri, depan dan belakang hanya untuk menguji dan menolong kita untuk menghadapi esok kerana hanya Allah yang tahu betapa hari esok itu lebih sukar buat kita dan ujian hari ini adalah untuk menguatkan jiwa-jiwa kita. Mengajar kita menjadi lebih teguh, mengasah bakat-bakat kepimpinan diri sendiri yang mungkin belum kita kuasai dan sesungguhnya Allah yang Maha Bijaksana.Inilah yang biasa aku alami. Jatuh bangun dalam kehidupanku  mengajarku jadi lebih matang dalam berfikir dan menilai sesuatu. Siapa sangka kalau semalam saya terasa seolah-olah hilang segala-galanya, tetapi hari ini Allah kurniakan anugerah berlipat-ganda.Inilah yang harus ku terima.Tidak ku sangka...aku jadi begini...dahulu...pada zaman kejahilan aku...aku paling benci perempuan...pantang ada perempuan buat silap aku torture die...perempuan...dulu ada juga perempuan yang minta couple...tapi aku buat tak tahu je...aku memang anti perempuan sejak dulu...tak pernah terpikir olehku tak pernah terlintas di otakku...aku akan suke perempuan...bersambung  form 1...aku pikir penyakit anti perempuan nie akan hilang jua...namun seperti yang ku duga...luka yang sedia ada pasti berdarah kembali....aku tak dapat menghalang penyakit aku ini...Namun segala berakhir apabila aku menyambung pengajianku...tanggal 27 januari 2011 aku telah tewas...kepada seorang perempuan...sebaik-baik perempuan...dinikahi seorang perempuan kerana 4 perkara...rupanya,hartanya,keturunannya,dan agamanya...barangsiapa yang menikahi seorang perempuan kerana agamanya maka die adalah insan yang beruntung...

Saturday 11 June 2011

walaupun aku nakal tapi aku bangga yang aku

Remaja pada zaman ini ramai yang bercouple.Couple ini sudah dijadikan trend remaja pada zaman ini.Tambahan lagi,sesiapa yang tiada awek atau pakwe dihina,dipijak,dicaci dan diijnjak-injak bagaikan manusia yang tiada maruah.Apa nak jadi dengan remaja pada zaman ini.Disayangi atau menyayangi sudah menjadi fitrah remaja pada zaman ini.Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya."Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan.Oleh itu,aku nak sambung ayat aku seperti yang dinyatakan diatas...Walaupun aku nakal tetapi aku bangga yang aku tak pernah bercouple dan tidak pernah sama sekali melafazkan ayat"aku sayang kau atau i love you dekat sesiapa pung!".Hha.Wallahualam.

Wednesday 8 June 2011

Ujian Itu Sememangnya Rahsia Allah

Setiap manusia yang dicipta oleh Allah akan diberi musibah,ujian atau masalah duniawi yang fana ini.Tipulah jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.Setiap orang pasti diuji sama ada sedar atau tidak,Allah uji kita dengan berbeza-beza ujian tetapi sebabnya adalah sama.


Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsia disebalik ujian itu,sama ada Allah hendak menambah iman kita atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita.Kerana sesuatu ujian itulah yang membuka hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah berputus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh terumbu dan batu karang.Ujian yang dapat mematangkan diri kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya,sesekali melontar persoalan kepada Allah kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali dan memaksa kita melupakan pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita,dan ada siapa kita harus meminta kembali kekuatan kita.Lihatlah betapa lemahnya iman kita,astaghfirullah.


Janganlah sesekali ataupun dua kali terlintas di kepala kita untuk tidah redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri kepada kita.Jika kita anggap diri kita sahaja ditimpa musibah sedarlah bukan kita sahaja yang diuji,malah mungkin ada sahabat-sahabat kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau  lebih besar dari kita.


Bukankah Allah telah berkata dengan sejelas-jelasnya di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambanya diluar kemampuan hambaNya.Sesungguhnya Allah ahu sama ada kita kuat atau tidak dalamm menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu keatas diri kita.Di sin kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi Allah sangat kasih kepada kita.Cuma kita je sebagai hambaNya yang tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnnya.


Alihkan pandangan matamu ke arah laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Jadi apa seharunya kita lakukan? berdoalah kepada Allah,kepada Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Janganlah malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Ingatlah bahawa Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.


Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha juga untukmenyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Jangan tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita menjadi lemah-selemahnya.


Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin boleh hidup dalam berseorangan.


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!Wallahualam.

Tuesday 7 June 2011

Ulama mengatakan kita bodoh

Ramai pasti tidak bersetuju diatas kenyataan diatas.Pasti bukan?Sekali pandang mesti anda ingin menyatakan ketidakpuashatian terhadap apa yang ulama sampaikan.Tetapi sedarlah!Kta memang bodoh.Ingin tahu mengapa.Tanpa kita sedari mulut kita asyik bercakap tentang dunia.Langsung tidak terlintas dilidah kita ingin mengatakan Allah maha besar akan tetapi berjumpa dengan kawan berborak pasal bola,makan dan sebagainya.Sedarlah bahawa bercakap tentang dunia akan membawa masuk kedalam hati.Aku pun selalu jugak cakap pasal dunia astaghfirullah.Ibarat menendang bola kearah dinding,pasti akan kembali kearah kita jugakkan.Begitulah kata-kata yang selalu kite ungkapkan.Kalau kita selalu bercakap tentang dunia maka dunialah yang akan masuk dihati kite.Memang aku akui memang sukar untuk membiasakan bercakap tentang kebesaran Allah.Tetapi jika sudah terbiasa insyaAllah akan biasa.Biasa-biasakanla bercerita tentang kehebatan Al-Khaliq.Wallahualam.


mEngGaPai CinTa Tuhan

Carilah cinta Tuhan dan selepas itu barulah kamu akan berjumpa dengan cinta hamba.Itulah pesanan yang aku hadamkan selepas membaca sebuah novel.Ramai umat Islam hari ini ingin bercinta sedangkan tidak langsung ingin mengambil tahu tentang erti cinta yang sebenar.Termaktub didalam buku "Mahabatullah" (mencintai Allah) hasil tulisan Imam Ibnu Qayyim membicarakan tahap-tahap menuju cinta Allah.Haruslah kita tahu bahawasanya cinta itu sentiasa berkaitan dengan amal.Sedangkan amal kita amat-amatlah sedikit.Moreover amal itu sangat bergantung dengan sejauh mana keihklasan yang tinggi dari kalbu,disanalah cinta Allah berlabuh.Ini kerana Cinta Allah merupakan reflection dari disiplin keimanan yang terpuji,bukan kecintaan yang tercela seperti cinta kepada hamba melebihi segalanya yang menjerumuskan ke lembah zulmat.                                  

Tahap-tahap menuju cinta kepada Allah:

1.Membaca Al-Quran dengan merenung dan memahami kandungan maknanya.Itu tidak lain tidak bukan adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan Al-Quran agar orang lain memahami maksudnya.Membaca Al-Quran merupakan kemuliaan,dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia diatas makhluk lainnya.Malahan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan macam itu.

2.Taqarub kepada Allah melalui ibadat-ibadat sunat setelah melakukan ibadah-ibadah fardu.Orang yang menunaikan ibadah fardu dengan sempurna adalah yang mencintai Allah.Sementara orang yang menunaikan ibadah fardu dan kemudiannya menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat,mereka itu adalah orang yang dicintai oleh Allah.Ibadah-ibadah sunat ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

3.Melantunkan zikir kepada Allah dalam segala tingkah laku, melalui lisan,kalbu,amal dan kelakuan.Kadar cinta seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikir kepadaNya.Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah.Rasulullah pernah bersabda:"Sesungguhnya Allah azawajalla berfirman:"Aku bersama hambaKu,selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaku".

4.Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri.meningkatkan cinta kepada Allah daripada diri sendiri,meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang mengajak lebih kepada mencintai diri sendiri.Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun risiko tidak dicintai oleh makhluk lebih tinggi.Inilah darjat para Nabi,diatas itu pula darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para Rasul Ulul Azmi,lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah sebab beliau mampu melawan kehendak dunia dan seisinya demi cintanya kepada Allah.


5.Konsep nusyahadah (menyaksikan) dan makrifat (mengenal) Allah.Penglihatan kalbunya terarah kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatNya.Kesedaran dan penglihatan kalbunya  berkelana di taman makrifatullah (pengenalan Allah yang paling tinggi).Barang siapa makrifat kepada asma-asma Allah,sifat-sifat dan af'al-af'al Allah dengan penyaksian dan kesedaran yang mendalam,nescaya akan dicintai Allah.

6.Menghayati kebesaran dan nikmat Allah samaada yang boleh dilihat mata kasar atau mata hati akan membawa kepada cinta hakiki kepadaNya.Tidak ada pemberi segala nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah.Oleh sebab itu,tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya kecuali Allah.Sudah menjadi lumrah manusia,ia akan mencintai orang yang baik,lembut dan suka menolongnya bahkan menjadikannya sebagai kekasih.Nampaknya kite telah lupa siapa yang memberi nikmat yang tidak terhitung ini?Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara zahir dan batin,akan memberikan kita rasa cinta yang mendalam kepadaNya. 

7.Hati yang tunduk sepenuhnya dihadapan Allah,inilah yang dipanggil khusyuk.Hayi yang khusyuk tidak hanya dalam menunaikan solat sahaja tetapi dalam semua aspek kehidupan ini yang bakal membawa kepada cinta kepada yang hakiki.


8.Menyendiri bersama Allah.Bilakah itu?Iaitu saat sepertiga terakhir malam.Disaat itu itulah Allah turun ke dunia dan disaat itula saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan melaksanakan solat malam.

9.Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah,maka akan mendapatkan cinta Allah.

10.Menjauhi sebab-sebab yang menghalangi komunikasi kalbu dan Al-Khaliq,Allah subhanahuataala.

Wallahualam