Wednesday, 8 June 2011

Ujian Itu Sememangnya Rahsia Allah

Setiap manusia yang dicipta oleh Allah akan diberi musibah,ujian atau masalah duniawi yang fana ini.Tipulah jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.Setiap orang pasti diuji sama ada sedar atau tidak,Allah uji kita dengan berbeza-beza ujian tetapi sebabnya adalah sama.


Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsia disebalik ujian itu,sama ada Allah hendak menambah iman kita atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita.Kerana sesuatu ujian itulah yang membuka hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah berputus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh terumbu dan batu karang.Ujian yang dapat mematangkan diri kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya,sesekali melontar persoalan kepada Allah kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali dan memaksa kita melupakan pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita,dan ada siapa kita harus meminta kembali kekuatan kita.Lihatlah betapa lemahnya iman kita,astaghfirullah.


Janganlah sesekali ataupun dua kali terlintas di kepala kita untuk tidah redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri kepada kita.Jika kita anggap diri kita sahaja ditimpa musibah sedarlah bukan kita sahaja yang diuji,malah mungkin ada sahabat-sahabat kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau  lebih besar dari kita.


Bukankah Allah telah berkata dengan sejelas-jelasnya di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambanya diluar kemampuan hambaNya.Sesungguhnya Allah ahu sama ada kita kuat atau tidak dalamm menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu keatas diri kita.Di sin kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi Allah sangat kasih kepada kita.Cuma kita je sebagai hambaNya yang tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnnya.


Alihkan pandangan matamu ke arah laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Jadi apa seharunya kita lakukan? berdoalah kepada Allah,kepada Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Janganlah malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Ingatlah bahawa Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.


Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha juga untukmenyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Jangan tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita menjadi lemah-selemahnya.


Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin boleh hidup dalam berseorangan.


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!Wallahualam.

No comments:

Post a Comment