Saturday, 11 June 2011

walaupun aku nakal tapi aku bangga yang aku

Remaja pada zaman ini ramai yang bercouple.Couple ini sudah dijadikan trend remaja pada zaman ini.Tambahan lagi,sesiapa yang tiada awek atau pakwe dihina,dipijak,dicaci dan diijnjak-injak bagaikan manusia yang tiada maruah.Apa nak jadi dengan remaja pada zaman ini.Disayangi atau menyayangi sudah menjadi fitrah remaja pada zaman ini.Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya."Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan.Oleh itu,aku nak sambung ayat aku seperti yang dinyatakan diatas...Walaupun aku nakal tetapi aku bangga yang aku tak pernah bercouple dan tidak pernah sama sekali melafazkan ayat"aku sayang kau atau i love you dekat sesiapa pung!".Hha.Wallahualam.

8 comments:

  1. Dekat family kau pun tak pernah ke? HAHA :D

    ReplyDelete
  2. cehhhh....bgus glerr ko pnye grammar...hahah...best3!....

    ReplyDelete
  3. grammar...urm...apertue?

    ReplyDelete
  4. haahah...grammar..pnulisan ko...bgus....hehhehe....bley jd sasterawan..jkjk..:)

    ReplyDelete
  5. sasterawan...tak minat aku...aku nak jadi jururawat/nurse...

    ReplyDelete